Bantuan Awal Ramadan 2025 : Semak Status Kelayakan Penerima Layak Atau Tidak. Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah perkara wajib bagi setiap individu yang beragama Islam. Oleh itu, pelbagai pihak akan menyalurkan Bantuan Awal Ramadhan bagi membantu meringankan bebanan kewangan terutamanya ketua keluarga yang kurang berkemampuan.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Awal Ramadhan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
Jumlah Bantuan Awal Ramadan 2025
Berikut merupakan jumlah amaun Bantuan Awal Ramadhan yang disalurkan kepada setiap ketua isi rumah :
- Ketua Isi Rumah (seorang / tunggal) akan menerima bantuan RM300;
- Ketua Isi Rumah (tanggungan 2 atau 3 orang) akan menerima bantuan RM500; dan
- Ketua Isi Rumah (tanggungan 4 orang dan ke atas) akan menerima bantuan RM700.
Objektif Bantuan Awal Ramadan 2025
Antara objektif pemberian Bantuan Awal Ramadan adalah untuk :
- Membantu Keluarga Berpendapatan Rendah (B40 & Asnaf).
- Memberikan Bantuan Makanan Percuma untuk Berbuka & Sahur.
- Memudahkan Pelajar Universiti yang Kurang Berkemampuan dalam mendapatkan makanan di kampus.
- Menyediakan Bantuan Kewangan Khas untuk OKU & Warga Emas yang menghadapi kesukaran dalam mendapatkan bantuan untuk membeli barangan keperluan asas.
Syarat Layak Bantuan Awal Ramadan 2025
Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) telah menetapkan syarat kelayakan penerima Bantuan Awal Ramadhan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Beragama Islam;
- Merupakan golongan asnaf seperti Fakir, Miskin, Mualaf atau individu yang memerlukan;
- Tidak menerima bantuan tetap daripada mana-mana agensi lain (tertakluk kepada jenis bantuan); dan
- Bermastautin di Terengganu (bagi penerima bantuan MAIDAM).
Semak Status Kelayakan Bantuan Awal Ramadan 2025
Untuk mengetahui status kelayakan anda menerima Bantuan Awal Ramadhan, Ikuti panduan semakan status kelayakan seperti berikut :
- Layari pautan rasmi MAIDAM di sini : http://www.espmb.com/maidam_zakat/
- Halaman semakan akan dipaparkan.
- Kemudian, tekan pada butang [Semak Penerima Bantuan Ramadhan].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) contoh : 922002118899
- Seterusnya, tekan pada butang [Klik Untuk Semak].
- Status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Awal Ramadhan akan dipaparkan.
- Selesai.
Rujukan
ihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Ramadhan MAIDAM, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Penafian
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : http://www.espmb.com/maidam_zakat/
Kredit Semakankerjaya.com
No comments:
Post a Comment