Kempen "LAPTOP4SISWA"
Memahami penularan COVID-19 yang semakin meningkat naik dan terdapat golongan pelajar yang kurang berkemampuan, ADUN Bukit Gasing iaitu Y.B Tuan Rajiv a/l Rishyakaran dengan kerjsama StandUp Malaysia kini melancarkan kempen Laptop4Siswa.
Seiring dengan keputusan pihak Kementerian Pengajian Tinggi, semester pertama untuk tahun akademik 2020/2021 akan bermula pada Oktober 2020.
Namun, semua pembelajaran akan dijalankan secara online sehingga 31 Disember 2020.
Syarat Kelayakan
Antara syarat kelayakan yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut :
- Terbuka kepada semua pelajar di Malaysia.
- Memiliki kad identiti / kad pengenalan yang sah.
- Memiliki surat tawaran belajar di universiti.
- WAJIB sertakan slip gaji ibu bapa.
- Pelajar dari keluarga B40.
- Tidak berkemampuan membeli komputer riba / tiada komputer riba.
- Keluarga yang ada lebih dari seorang di dalam keluarga perlu mengikuti kelas dalam talian.
Cara-Cara Membuat Permohonan
Pendaftaran bagi pelajar yang ingin memohon Laptop4Siswa, permohonan dibuka sehingga 21 Oktober 2020.
Permohonan juga boleh dibuat melalui : Permohonan Laptop4Siswa
atau Follow @standupmy di Instagram atau find #Laptop4Siswa di Twitter.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi StandUp Malaysia di talian 014-669 1320 atau emel standup.genderviolence@gmail.com
Anda juga boleh hubungi pejabat ADUN Bukit Gasing di talian 03-79547490 atau emel kepada help@bukitgasing.my
No comments:
Post a Comment