Semak status Bantuan Prihatin Nasional masih lagi status "PERMOHONAN DITERIMA" dari awal permohonan dibuat. Kita sebagai pemohon pasti berasa gusar kerana sudah hampir sebulan permohonan dibuat tetapi statusnya masih sama.
Jangan khawatir/risau , Kalau kita login ke laman Web Rasmi BPN dan didapati status masih lagi sama iaitu "PERMOHONAN DITERIMA" bukan bermaksud kita tidak dapat/layak menerima BPN.
Anda boleh lihat perkongsian di bawah untuk mengetahui apakah maksud disebalik status "PERMOHONAN DITERIMA".
Anda boleh lihat perkongsian di bawah untuk mengetahui apakah maksud disebalik status "PERMOHONAN DITERIMA".
Sekiranya Anda membuat permohonan baru dalam tempoh 1 April 2020 sehingga 30 April 2020, Permohonan ini automatik termasuk dalam permohonan baru. Seperti yang dijelaskan (Dibawah) :
Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC menjelaskan bahawa permohonan baru dan permohonan rayuan BPN akan diproses pada bulan Mei 2020 ini.
Disini kita dapat tahu bahawa :
- ● Tiada sebarang pembayaran ataupun keputusan bagi permohonan baru dan permohonan rayuan pada bulan April 2020.
- ● Sesiapa yang baru membuat permohonan sepanjang tempah 1 April 2020 hingga 30 April 2020 , Status Permohonan "PERMOHONAN DITERIMA" yang akan dipaparkan.
- ● Pembayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 ini secara sekali gus.
Sesiapa yang membuat permohonan baru ataupun rayuan, Anda boleh menyemak status permohonan selepas tarikh tutup permohonan iaitu 30 April 2020 nanti di laman web rasmi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) .
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa share artikel ini kepada kawan-kawan & saudara mara anda. Diharapkan agar banyak bersabar menunggu, kalau rezeki dapat bantuan ni tak akan kemana jua rezeki tak pernah salah alamat.
Sumber : Kerjaya.co
No comments:
Post a Comment